Pertubuhan Pengurangan Kemudaratan Antarabangsa (The International Harm Reduction Association (IHRA) dan Konsortium Persidangan (The Conference Consortium) dengan ini mengumumkan bahawa siri Persidangan Pengurangan Kemudaratan Antarabangsa yang telah lama dianjurkan akan sekali lagi diadakan tahun hadapan pada April 2009. Persidangan ini akan diadakan di Queen Sirikit International Convention Centre, Bangkok ,Thailand pada 19 hingga 23 April 2009. Tema Persidangan ini adalah ”Pengurangan Kemudaratan dan Hak Asasi Manusia”
Persidangan ini ( sebelum ini diketahui sebagai “Persidangan Antabangsa Pengurangan Kemudaratan Yang Berkaitan Dengan Dadah) telah dianjurkan setiap tahun semenjak 1990 dimerata dunia. Persidangan lima hari ini melibatkan penceramah-penceramah ucaputama profil tinggi, sesi-sesi plenari, sesi-sesi utama, simposium, bengkel-bengkel, bengkel latihan, pesta filem, pameran poster, tapak-tapak pameran, mesyuarat satelit, program jaringan dan sosial ( termasuk satu jamuan persidangan ) dan penyampaian anugerah ”IHRA” tahunan.
Semua komuniti yang terlibat dalam pengurangan kemudaratan digalak menghadiri persidangan ini kerana ia melibatkan forum yang berkaitan dengan penyebaran pendapat-pendapat, kajian, projek dan amalan. Dimasa-masa yang lepas ia telah berjaya membantu usaha-usaha pengurangan kemudaratan dan menjadi penunjuk kepada perkembangan dibidang ini dan berhasil membantu koordinasi untuk bergerak ke hadapan, mencari inovasi, bukti dan advokasi bagi negara tuan rumah dan 80 negara yang turut serta.
Bahasa utama atau perantaraan yang akan digunakan adalah bahasa Inggeris dengan penterjemahan secara serentak di setengah-setengah sesi dalam bahasa Thai. Halaman web persidangan ini juga dalam bahasa Inggeris. Jika terdapat peruntukan tambahan, pihak penganjur akan menyediakan penterjemahan ( untuk halaman web dan persidangan ) dalam bahasa Cina dan bahasa Malaysia. Untuk maklumat tambahan, sila melawat www.ihraconferences.net jika terdapat sebarang pertanyaan atau anda berminat untuk mendapatkan peruntukan tambahan untuk penterjemahan untuk persidangan ini.
Sehingga bertemu di Bangkok
|